Friday, June 19, 2015

Suntingan Gambar Hanya Menggunakan Powerpoint






Hi..pernahkah anda menggunakan Ms Powerpoint untuk membuat suntingan gambar ? Teknik yang sangat mudah dan boleh dilakukan oleh siapa sahaja tanpa menggunakan perisian hebat seperti Adobe Photoshop dsb...

Ikuti langkah mudah seperti di bawah. Sebelum itu, pastikan versi Ms Powerpoint pada komputer anda adalah versi 2010 dan ke atas...Anda perlukan dua gambar..gambar 1 bertindak sebagai latar belakang manakala gambar 2 adalah subjek utama..

Klik New File pada Ms Powerpoint. Masukkan gambar 1 dengan mengklik pada tab Insert ->Insert Picture.

Ulang langkah yang sama, tetapi kali ini masukkan gambar 2.  Klik pada tab Format -> Remove Background.


Sunting/edit gambar 2. Paparan berwarna ungu bermaksud kawasan yang ingin dibuang/remove. Perkemaskan lagi dengan menggunakan Mark Areas To Keep atau Mark Areas To Remove. Klik Keep Changes setelah selesai.

Resize dan Recolor kedua-dua gambar supaya kombinasi gambar nampak lebih asli. Untuk recolor, klik pada gambar 1, pilih Recolor dan tetapkan warna yang sesuai. Ulang proses yang sama untuk gambar 2.


Setelah berpuas hati, crop gambar yang mempunyai latar belakang yang baru menggunakan aplikasi Snipping Tools dan simpan sebagai fail gambar (format jpeg atau png).

Selamat mencuba!

Jadikan telefon pintar anda sebagai scanner !




Aplikasi CamScanner yang boleh dimuat turun  secara percuma dari Google Store ke dalam telefon pintar/tablet  ini berfungsi sebagai pengimbas dokumen, sama seperti scanner yang dijual di pasaran. Hanya...

i.  Imbas dokumen menggunakan kamera telefon pintar/tablet
ii. Lakukan sedikit suntingan sekiranya perlu
iii.Simpan/save dokumen dalam format pdf
iv. Hantar dokumen tersebut  melalui email dr telefon pintar/tablet anda (sekiranya perlu)





Jom migrate dari Powerpoint ke Prezi !


Jom migrate daripada persembahan slides yang 'biasa-biasa' menggunakan Powerpoint kepada yang lebih luar biasa dan profesional menggunakan Prezi.

Perisian Prezi ini boleh didapati secara percuma di laman web www.prezi.com. Suntingan terhadap setiap slide adalah secara online dan akan  disimpan di dalam server, namun boleh dimuat turun dalam bentuk pdf atau portable prezi  selepas keseluruhan slide persembahan siap dan boleh digunakan secara offline. 

Selamat mencuba.



Klik Sign Up bagi yang baru pertama kali menggunakan Prezi,  atau login menggunakan akaun LinkedIn atau Facebook



Klik pada New Prezi


Pilih template sedia ada yang sesuai dengan bahan yang ingin dipersembahkan



Masukkan bahan persembahan ke dalam frame/slide di sebelah kiri. Aturan slide persembahan boleh juga disunting dengan mengklik Edit Path.



Contoh prezi yang telah siap boleh dilihat pada pautan berikut:

http://prezi.com/kdlkxbtacmzw/?utm_campaign=share&utm_medium=copy&rc=ex0share


Taklimat We 'R' Blended Politeknik Sultan Azlan Shah





Taklimat We 'R' Blended telah pun diadakan pada 18 Jun 2015 di Dewan Serbaguna Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak bermula jam 10.45 malam sejurus solat tarawikh.

Hampir 1000 orang pelajar Semester 1 yang melalui Minggu Suai Kenal PSAS telah menghadirkan diri ke sesi  taklimat ini yang berlangsung selama hampir 1 jam.

Objektif taklimat We 'R' Blended ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar akan peri pentingnya gaya pembelajaran secara bersemuka diadun bersama pembelajaran dalam talian,  bagi memberi impak yang besar kepada pengetahuan, sikap, kemahiran dan rangkaian hubungan di antara pelajar dan majikan/masyarakat. Pelajar juga didedahkan dengan CIDOS yang menjadi platform pengantara di antara pelajar dan pensyarah bagi mendapatkan bahan rujukan, melaksanakan aktiviti penilaian atau berdiskusi secara dalam talian.

Taklimat We 'R' Blended
Why Blended Learning?
Sesi soal jawab pelajar






Wednesday, June 17, 2015

Cara untuk menyemak versi telefon bimbit



Hi guys...

Android merupakan sistem pengoperasian yang menjadi nadi kepada lebih 1 billion telefon pintar dan juga  tablet. Oleh kerana peralatan-peralatan ini menjadikan hidup kita lebih sweet sebab boleh berhubung dengan orang tersayang dsb, maka setiap satu versi Android dinamakan sempena nama desert/manisan.

Jom kita semak telefon pintar kita sebenarnya versi manisan yang mana satu :p :

Ikuti langkah mudah ini :

1. Pastikan Operating System (OS) hp anda adalah  Android
2. Pergi kepada Settings -> About Phone ->  Version Info -> Android Version 2.2.2 (contoh)
3. Klik berulang kali pada Android Version tersebut sehinggalah...... terkeluar salah satu ikon di bawah:

Jelly Bean

Donut

Eclair

Froyo

Gingerbread

Honeycomb

Icecream Sandwich

Lollipop

Kit Kat


Untuk makluman, versi Android pada telefon pintar atau tablet anda  adalah :

versi 1.6 - Donut
versi 2.0 - Eclair
versi 2.2 - Froyo
versi 2.3 - Gingerbread
versi 3.0 - Honeycomb
versi 4.0 - Ice cream Sandwich
versi 4.1~4.3 - Jelly Bean
versi 4.4 - Kit Kat
versi 5.0 - Lollipop

Credit utk En Mohd Mizan Abd Malik yang sudi bermain hp bersama kami semasa Bengkel Mobile Learning dan share info ini...:)

Bengkel Mobile Learning & Bengkel Pembangunan LO Menggunakan iSpring Presenter 7 di JKE



Bengkel Mobile Learning anjuran JK e Pembelajaran PSAS telah diadakan pada 13-14 Mei 2015. Bengkel ini adalah bertujuan  memberi pendedahan kepada semua peserta berkenaan  tatacara membangunkan Apps peringkat beginner secara percuma daripada laman web AppsGyser.

Pensyarah daripada JKM, Encik Mohd Mizan Abd Malik  telah dijemput sebagai fasilitator bengkel tersebut.

Sebanyak 16 mobile apps peserta berjaya dihasilkan sepanjang dua hari kursus dijalankan.

Pautan ke mobile apps peserta adalah seperti berikut :
http://mlearningpsas.blogspot.com/p/allstaff.html#


Fasilitator : En Mohd Mizan Abd Malik



Peserta Kursus Mobile Learning


Slot Perbandingan Antara Android OS dan iPhone OS 














Bengkel Pembangunan LO menggunakan iSpring Presenter 7  telah diadakan pada 27-28 Mei 2015 yang lalu bertempat di Bilik Seminar JKE dan dihadiri oleh pensyarah daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Bengkel ini memberi penekanan terhadap pembangunan bahan LO dan elemen-elemen yang perlu ada dalam LO seperti Introduction, Concept/Content, Assessment, Summary dan Reference.

Sebanyak 14 LO berjaya dihasilkan di akhir bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini.


Penceramah dan coachee

Peserta Kursus Pembangunan LO Menggunakan iSpring Presenter 7 JKE




Tuesday, June 16, 2015

Kursus Video Editing



Kursus Video Editing telah diadakan pada 11-13 May 2015, bertempat di Makmal Komputer JMSK PSAS. Sebanyak 8 kumpulan peserta eCOnvergence kategori pensyarah  diwajibkan untuk hadir kursus tersebut.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Ihsan Rokeman, pegawai UIDM PSAS. Peserta didedahkan dengan tatacara penggunaan perisian Adobe Premier 6 dalam membuat suntingan video.


Fasilitator: Encik Ihsan Rokeman

Peserta dari JKE

Peserta dari JPA dan JP

Peserta dari JKM





Kursus Blended Learning Through CIDOS



Kursus Blended Learning (BL) Through CIDOS telah diadakan pada 28-29 April 2015 di Bilik Seminar, ULPL, PSAS. Kursus ini telah pun disampaikan oleh Encik Jamri Kasim, Pegawai ePembelajaran Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak.

Antara objektif kursus adalah memberi pendedahan kepada semua ketua-ketua program, pegawai ePembelajaran jabatan dan pegawai CIDOS jabatan berkenaan elemen-elemen BL seperti Blended Learning Distribution Table (BLDT), Blended Learning Fulfillment Record (BLFR), elemen audit BL terkini dan tatacara penggunaan CIDOS seperti penghasilan kuiz dalam bentuk Aiken format, Backup  & Restore dan muat naik bahan LO.

Di penghujung kursus ini, kesemua peserta dikehendaki menghantar BLDT dan BLFR yang telah lengkap diisi bagi kursus masing-masing.

Fasilitator : Encik Jamri Kasim

Sesi perbincangan interaktif menggunakan TodaysMeet


Slot Tatacara Penggunaan CIDOS 

Peserta Kursus BL Through CIDOS








Kursus iSpring Pesenter 7 JPA



Kursus iSpring telah pun diadakan pada 23 April 2015 di Makmal Komputer JMSK dan dihadiri oleh pensyarah dari Jabatan Pengajian Am, PSAS. Sebanyak 19 LO telah berjaya dikumpul di penghujung kursus tersebut.

Antara pengisiannya adalah Pengenalan Kepada Learning Object (LO), Pengenalan Kepada Perisian iSpring dan seterusnya menghasilkan LO menggunakan perisian tersebut.

Sesi perkongsian ilmu

Peserta Kursus iSpring
Sesi coaching antara peserta iSpring
Peserta menyiapkan bahan LO
Peserta menyiapkan bahan LO