Tuesday, June 16, 2015

Definisi Learning Object (LO) & Kursus Pembangunan LO di JP




Definisi Learning Object mengikut Garis Panduan Amalan Terbaik Konsep Pembelajaran Teradun bagi Politeknik Malaysia :

Learning Objects  atau LO adalah satu sesi pembelajaran yang lengkap yang di boleh dipelajari oleh pelajar secara atas talian. Ia selalunya dalam bentuk syarahan atas talian berserta powerpoint / animasi / gambar dll berkaitan dengan satu topik yang dipilih dari kurikulum politeknik. Setiap LO mestilah dibina dengan menggunakan perisian tertentu dengan mempunyai keupayaan dengan SCORM (Sharable Content Object Reference Model). LO yang dibina melalui teknologi SCORM boleh dipantau kegunaannya oleh pelajar melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System – LMS) seperti CIDOS (Curriculum Information Development Online System). LO ini adalah sebahagian dari komponen pembelajaran terarah, di mana kehadiran pelajar melalui LMS boleh diterima sebagai kehadiran. Masa pembelajaran (learning time) untuk satu LO adalah satu jam. Setiap LO mesti mempunyai lima bahagian yang wajib dilawati oleh pelajar iaitu, ‘Introduction; Concept; Summary; Assessment; Reference.’. Maka, LO (SCORM) adalah bentuk eKandungan yang paling menyeluruh jika dibandingkan dengan bahan-bahan lain.

Contoh LO yang dibangunkan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Am

Maka, boleh dikatakan penghasilan Learning Object menjadi satu elemen wajib yang perlu ada dalam LMS CIDOS  bagi menggalakkan pembelajaran kendiri di kalangan pelajar... Antara perisian yang sering digunakan bagi penghasilan Learning Object adalah iSpring Presenter dan Lecture Maker.

Bg pendapat saya, lebih mudah menggunakan perisian iSpring berbanding Lecture Maker kerana iSpring hanyalah perisian yg  'menumpang' platform Powerpoint - dan biasanya ramai pensyarah sudah  mempunyai bahan/nota dalam Powerpoint...hasil akhir bahan ini bukan lagi dalam format ppt . tetapi adalah dalam flash dan html....

Sekiranya masih lagi belum menghadiri kursus iSpring di jabatan, maklumkan segera kepada pegawai ePembelajaran di jabatan masing-masing spy tindakan lanjut boleh diambil..rugi sekiranya rakan-rakan lain sudah ke BULAN, tapi kita masih lagi di TG MALIM.... hihi...

Kursus iSpring di Jabatan Perdagangan

Kursus Pembangunan LO di Jabatan Perdagangan
Encik Bukhari sebagai Penceramah


Kredit kpd Boy@ Bukhari (JKM), Mai (JKM) dan Siti Nor (JMSK) for their knowledge sharing sepanjang hari...
Group Bukhari, Mai dan Siti Nor merupakan antara group yang menang Pertandingan EDOLA 2014 peringkat politeknik Malaysia...



No comments:

Post a Comment