Friday, June 19, 2015

Suntingan Gambar Hanya Menggunakan Powerpoint






Hi..pernahkah anda menggunakan Ms Powerpoint untuk membuat suntingan gambar ? Teknik yang sangat mudah dan boleh dilakukan oleh siapa sahaja tanpa menggunakan perisian hebat seperti Adobe Photoshop dsb...

Ikuti langkah mudah seperti di bawah. Sebelum itu, pastikan versi Ms Powerpoint pada komputer anda adalah versi 2010 dan ke atas...Anda perlukan dua gambar..gambar 1 bertindak sebagai latar belakang manakala gambar 2 adalah subjek utama..

Klik New File pada Ms Powerpoint. Masukkan gambar 1 dengan mengklik pada tab Insert ->Insert Picture.

Ulang langkah yang sama, tetapi kali ini masukkan gambar 2.  Klik pada tab Format -> Remove Background.


Sunting/edit gambar 2. Paparan berwarna ungu bermaksud kawasan yang ingin dibuang/remove. Perkemaskan lagi dengan menggunakan Mark Areas To Keep atau Mark Areas To Remove. Klik Keep Changes setelah selesai.

Resize dan Recolor kedua-dua gambar supaya kombinasi gambar nampak lebih asli. Untuk recolor, klik pada gambar 1, pilih Recolor dan tetapkan warna yang sesuai. Ulang proses yang sama untuk gambar 2.


Setelah berpuas hati, crop gambar yang mempunyai latar belakang yang baru menggunakan aplikasi Snipping Tools dan simpan sebagai fail gambar (format jpeg atau png).

Selamat mencuba!

3 comments: