Wednesday, July 1, 2015

Blendspace Sebagai Platform Perkongsian Bahan Pengajaran & Pembelajaran





Hi...selamat pagi dan salam Ramadhan..saya ingin kongsikan pengalaman saya menggunakan Blendspace semasa melaksanakan kursus iSpring Presenter 7 sebelum ini.

Blendspace  :

i. bertindak sebagai platform perkongsian bahan pengajaran & pembelajaran yang boleh digunakan di dalam mahupun di luar bilik kuliah;  so bahan-bahan seperti nota, gambar, sumber dari blog/laman-laman web, YouTube, Google Drive atau DropBox  dapat dihimpunkan di sini dengan menggunakan pautan/link . Rakan-rakan saya boleh memuat turun bahan yang ada di dalam Blendspace melalui internet, dari komputer masing-masing. So, tiada isu perlu bawa hard disk atau pen drive untuk dapatkan bahan bakar daripada penceramah semasa/selepas kursus berlangsung.

ii. mesra pengguna & dan yang paling penting PERCUMA !!

iii. sebagai moderator, kita boleh flipping our classroom menggunakan Blendspace

iii.hanya sign-on dengan menggunakan akaun Google atau FB

Layari www.blendspace.com dan rasai bagaimana Blendspace boleh menarik minat pelajar anda di dalam kelas!

*Anda boleh menetapkan Blendspace anda sebagai privasi (hanya boleh dikongsikan dengan pelajar anda sahaja) atau pun umum.


Boleh tgk juga Blendspace saya ....