Tuesday, June 16, 2015

Mesyuarat Penaiktarafan Makmal Komputer JMSK Kepada Bilik TECC PSAS



Tujuan mesyuarat ini  diadakan adalah untuk menaiktaraf makmal komputer  JMSK, PSAS kepada bilik TECC (Technology Enable Collaborative Classroom) menggunakan peruntukan  RMK-10. Mesyuarat telah berlangsung pada 8 April 2015, bertempat di ULPL PSAS.

Ia telah dipengerusikan oleh Encik Jaafar selaku Ketua Unit Pembangunan PSAS dan dihadiri oleh Pegawai ePembelajaran PSAS, Pegawai ICT, Encik Wan Azraii dan penolong  jurutera mekanikal, elektrik dan awam PSAS.

Pengwujudan bilik TECC ini adalah satu inisiatif JK e Pembelajaran PSAS bersama Unit Pembangunan PSAS ke arah memperkasakan pembelajaran teradun dan flipped classroom, sementara menunggu permohonan bilik TECC Fasa II  daripada pihak CeLT diluluskan.




No comments:

Post a Comment