Wednesday, August 12, 2015
Muat turun video dari laman Youtube
7:40 AM
Hi..lama tak tulis blog nih.. suka tak tengok video di Youtube? Saya seorang yang suka melayari laman Youtube... banyak perkara boleh dipelajari melalui laman ini...saya sendiri mempelajari cara menggunakan Adobe Flash melalui Youtube, walaupun saya pernah mengikuti kursus di bawah KRU Academy 2 tahun yang lepas...
Mungkin ramai yang tahu cara untuk download video dari Youtube, namun saya yakin masih ada segelintir yang masih belum tahu atau belum pernah mencuba muat turun video semudah A, B, C ini....Ikuti langkah ini...
Selamat mencuba......
Kat sini saya sharekan lagu fav saya tadi...hihi...harap2 bila dengar lagu ni semua ingatkan saya :p..
Mungkin ramai yang tahu cara untuk download video dari Youtube, namun saya yakin masih ada segelintir yang masih belum tahu atau belum pernah mencuba muat turun video semudah A, B, C ini....Ikuti langkah ini...
Pada bahagian alamat web di atas, tambahkan huruf 'ss' selepas perkataan 'www.' dan tekan Enter.. |
Anda akan terus dibawa ke laman web savefrom.net ....bolehlah pilih format video yang anda suka...MP4 ker, FLV ker dsb... Pilih MP4 360 p dan klik Download.... |
Selamat mencuba......
Kat sini saya sharekan lagu fav saya tadi...hihi...harap2 bila dengar lagu ni semua ingatkan saya :p..
Wednesday, July 1, 2015
Blendspace Sebagai Platform Perkongsian Bahan Pengajaran & Pembelajaran
6:11 PM
Hi...selamat pagi dan salam Ramadhan..saya ingin kongsikan pengalaman saya menggunakan Blendspace semasa melaksanakan kursus iSpring Presenter 7 sebelum ini.
Blendspace :
i. bertindak sebagai platform perkongsian bahan pengajaran & pembelajaran yang boleh digunakan di dalam mahupun di luar bilik kuliah; so bahan-bahan seperti nota, gambar, sumber dari blog/laman-laman web, YouTube, Google Drive atau DropBox dapat dihimpunkan di sini dengan menggunakan pautan/link . Rakan-rakan saya boleh memuat turun bahan yang ada di dalam Blendspace melalui internet, dari komputer masing-masing. So, tiada isu perlu bawa hard disk atau pen drive untuk dapatkan bahan
ii. mesra pengguna & dan yang paling penting PERCUMA !!
iii. sebagai moderator, kita boleh flipping our classroom menggunakan Blendspace
iii.hanya sign-on dengan menggunakan akaun Google atau FB
Layari www.blendspace.com dan rasai bagaimana Blendspace boleh menarik minat pelajar anda di dalam kelas!
*Anda boleh menetapkan Blendspace anda sebagai privasi (hanya boleh dikongsikan dengan pelajar anda sahaja) atau pun umum.
Friday, June 19, 2015
Suntingan Gambar Hanya Menggunakan Powerpoint
9:17 PM
Ikuti langkah mudah seperti di bawah. Sebelum itu, pastikan versi Ms Powerpoint pada komputer anda adalah versi 2010 dan ke atas...Anda perlukan dua gambar..gambar 1 bertindak sebagai latar belakang manakala gambar 2 adalah subjek utama..
Klik New File pada Ms Powerpoint. Masukkan gambar 1 dengan mengklik pada tab Insert ->Insert Picture. |
Ulang langkah yang sama, tetapi kali ini masukkan gambar 2. Klik pada tab Format -> Remove Background. |
Resize dan Recolor kedua-dua gambar supaya kombinasi gambar nampak lebih asli. Untuk recolor, klik pada gambar 1, pilih Recolor dan tetapkan warna yang sesuai. Ulang proses yang sama untuk gambar 2. |
Setelah berpuas hati, crop gambar yang mempunyai latar belakang yang baru menggunakan aplikasi Snipping Tools dan simpan sebagai fail gambar (format jpeg atau png). |
Selamat mencuba!
Jadikan telefon pintar anda sebagai scanner !
4:29 PM
Aplikasi CamScanner yang boleh dimuat turun secara percuma dari Google Store ke dalam telefon pintar/tablet ini berfungsi sebagai pengimbas dokumen, sama seperti scanner yang dijual di pasaran. Hanya...
i. Imbas dokumen menggunakan kamera telefon pintar/tablet
ii. Lakukan sedikit suntingan sekiranya perlu
iii.Simpan/save dokumen dalam format pdf
iv. Hantar dokumen tersebut melalui email dr telefon pintar/tablet anda (sekiranya perlu)
Jom migrate dari Powerpoint ke Prezi !
7:32 AM
Jom migrate daripada persembahan slides yang 'biasa-biasa' menggunakan Powerpoint kepada yang lebih luar biasa dan profesional menggunakan Prezi.
Perisian Prezi ini boleh didapati secara percuma di laman web www.prezi.com. Suntingan terhadap setiap slide adalah secara online dan akan disimpan di dalam server, namun boleh dimuat turun dalam bentuk pdf atau portable prezi selepas keseluruhan slide persembahan siap dan boleh digunakan secara offline.
Selamat mencuba.
Klik Sign Up bagi yang baru pertama kali menggunakan Prezi, atau login menggunakan akaun LinkedIn atau Facebook |
Klik pada New Prezi |
Pilih template sedia ada yang sesuai dengan bahan yang ingin dipersembahkan |
Masukkan bahan persembahan ke dalam frame/slide di sebelah kiri. Aturan slide persembahan boleh juga disunting dengan mengklik Edit Path. |
Contoh prezi yang telah siap boleh dilihat pada pautan berikut:
http://prezi.com/kdlkxbtacmzw/?utm_campaign=share&utm_medium=copy&rc=ex0share
Taklimat We 'R' Blended Politeknik Sultan Azlan Shah
6:28 AM
Taklimat We 'R' Blended telah pun diadakan pada 18 Jun 2015 di Dewan Serbaguna Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak bermula jam 10.45 malam sejurus solat tarawikh.
Hampir 1000 orang pelajar Semester 1 yang melalui Minggu Suai Kenal PSAS telah menghadirkan diri ke sesi taklimat ini yang berlangsung selama hampir 1 jam.
Objektif taklimat We 'R' Blended ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar akan peri pentingnya gaya pembelajaran secara bersemuka diadun bersama pembelajaran dalam talian, bagi memberi impak yang besar kepada pengetahuan, sikap, kemahiran dan rangkaian hubungan di antara pelajar dan majikan/masyarakat. Pelajar juga didedahkan dengan CIDOS yang menjadi platform pengantara di antara pelajar dan pensyarah bagi mendapatkan bahan rujukan, melaksanakan aktiviti penilaian atau berdiskusi secara dalam talian.
Taklimat We 'R' Blended |
Why Blended Learning? |
Sesi soal jawab pelajar |
Wednesday, June 17, 2015
Cara untuk menyemak versi telefon bimbit
10:40 PM
Hi guys...
Android merupakan sistem pengoperasian yang menjadi nadi kepada lebih 1 billion telefon pintar dan juga tablet. Oleh kerana peralatan-peralatan ini menjadikan hidup kita lebih sweet sebab boleh berhubung dengan orang tersayang dsb, maka setiap satu versi Android dinamakan sempena nama desert/manisan.
Jom kita semak telefon pintar kita sebenarnya versi manisan yang mana satu :p :
Ikuti langkah mudah ini :
1. Pastikan Operating System (OS) hp anda adalah Android
2. Pergi kepada Settings -> About Phone -> Version Info -> Android Version 2.2.2 (contoh)
3. Klik berulang kali pada Android Version tersebut sehinggalah...... terkeluar salah satu ikon di bawah:
Jelly Bean |
Donut |
Eclair |
Froyo |
Gingerbread |
Honeycomb |
Icecream Sandwich |
Lollipop |
Kit Kat |
Untuk makluman, versi Android pada telefon pintar atau tablet anda adalah :
versi 1.6 - Donut
versi 2.0 - Eclair
versi 2.2 - Froyo
versi 2.3 - Gingerbread
versi 3.0 - Honeycomb
versi 4.0 - Ice cream Sandwich
versi 4.1~4.3 - Jelly Bean
versi 4.4 - Kit Kat
versi 5.0 - Lollipop
Subscribe to:
Posts (Atom)