Tuesday, June 16, 2015

Kursus Video Editing

11:20 PM


Kursus Video Editing telah diadakan pada 11-13 May 2015, bertempat di Makmal Komputer JMSK PSAS. Sebanyak 8 kumpulan peserta eCOnvergence kategori pensyarah  diwajibkan untuk hadir kursus tersebut.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Ihsan Rokeman, pegawai UIDM PSAS. Peserta didedahkan dengan tatacara penggunaan perisian Adobe Premier 6 dalam membuat suntingan video.


Fasilitator: Encik Ihsan Rokeman

Peserta dari JKE

Peserta dari JPA dan JP

Peserta dari JKM





Kursus Blended Learning Through CIDOS

10:51 PM


Kursus Blended Learning (BL) Through CIDOS telah diadakan pada 28-29 April 2015 di Bilik Seminar, ULPL, PSAS. Kursus ini telah pun disampaikan oleh Encik Jamri Kasim, Pegawai ePembelajaran Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak.

Antara objektif kursus adalah memberi pendedahan kepada semua ketua-ketua program, pegawai ePembelajaran jabatan dan pegawai CIDOS jabatan berkenaan elemen-elemen BL seperti Blended Learning Distribution Table (BLDT), Blended Learning Fulfillment Record (BLFR), elemen audit BL terkini dan tatacara penggunaan CIDOS seperti penghasilan kuiz dalam bentuk Aiken format, Backup  & Restore dan muat naik bahan LO.

Di penghujung kursus ini, kesemua peserta dikehendaki menghantar BLDT dan BLFR yang telah lengkap diisi bagi kursus masing-masing.

Fasilitator : Encik Jamri Kasim

Sesi perbincangan interaktif menggunakan TodaysMeet


Slot Tatacara Penggunaan CIDOS 

Peserta Kursus BL Through CIDOS








Kursus iSpring Pesenter 7 JPA

10:27 PM


Kursus iSpring telah pun diadakan pada 23 April 2015 di Makmal Komputer JMSK dan dihadiri oleh pensyarah dari Jabatan Pengajian Am, PSAS. Sebanyak 19 LO telah berjaya dikumpul di penghujung kursus tersebut.

Antara pengisiannya adalah Pengenalan Kepada Learning Object (LO), Pengenalan Kepada Perisian iSpring dan seterusnya menghasilkan LO menggunakan perisian tersebut.

Sesi perkongsian ilmu

Peserta Kursus iSpring
Sesi coaching antara peserta iSpring
Peserta menyiapkan bahan LO
Peserta menyiapkan bahan LO

Definisi Learning Object (LO) & Kursus Pembangunan LO di JP

10:04 PM



Definisi Learning Object mengikut Garis Panduan Amalan Terbaik Konsep Pembelajaran Teradun bagi Politeknik Malaysia :

Learning Objects  atau LO adalah satu sesi pembelajaran yang lengkap yang di boleh dipelajari oleh pelajar secara atas talian. Ia selalunya dalam bentuk syarahan atas talian berserta powerpoint / animasi / gambar dll berkaitan dengan satu topik yang dipilih dari kurikulum politeknik. Setiap LO mestilah dibina dengan menggunakan perisian tertentu dengan mempunyai keupayaan dengan SCORM (Sharable Content Object Reference Model). LO yang dibina melalui teknologi SCORM boleh dipantau kegunaannya oleh pelajar melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System – LMS) seperti CIDOS (Curriculum Information Development Online System). LO ini adalah sebahagian dari komponen pembelajaran terarah, di mana kehadiran pelajar melalui LMS boleh diterima sebagai kehadiran. Masa pembelajaran (learning time) untuk satu LO adalah satu jam. Setiap LO mesti mempunyai lima bahagian yang wajib dilawati oleh pelajar iaitu, ‘Introduction; Concept; Summary; Assessment; Reference.’. Maka, LO (SCORM) adalah bentuk eKandungan yang paling menyeluruh jika dibandingkan dengan bahan-bahan lain.

Contoh LO yang dibangunkan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Am

Maka, boleh dikatakan penghasilan Learning Object menjadi satu elemen wajib yang perlu ada dalam LMS CIDOS  bagi menggalakkan pembelajaran kendiri di kalangan pelajar... Antara perisian yang sering digunakan bagi penghasilan Learning Object adalah iSpring Presenter dan Lecture Maker.

Bg pendapat saya, lebih mudah menggunakan perisian iSpring berbanding Lecture Maker kerana iSpring hanyalah perisian yg  'menumpang' platform Powerpoint - dan biasanya ramai pensyarah sudah  mempunyai bahan/nota dalam Powerpoint...hasil akhir bahan ini bukan lagi dalam format ppt . tetapi adalah dalam flash dan html....

Sekiranya masih lagi belum menghadiri kursus iSpring di jabatan, maklumkan segera kepada pegawai ePembelajaran di jabatan masing-masing spy tindakan lanjut boleh diambil..rugi sekiranya rakan-rakan lain sudah ke BULAN, tapi kita masih lagi di TG MALIM.... hihi...

Kursus iSpring di Jabatan Perdagangan

Kursus Pembangunan LO di Jabatan Perdagangan
Encik Bukhari sebagai Penceramah


Kredit kpd Boy@ Bukhari (JKM), Mai (JKM) dan Siti Nor (JMSK) for their knowledge sharing sepanjang hari...
Group Bukhari, Mai dan Siti Nor merupakan antara group yang menang Pertandingan EDOLA 2014 peringkat politeknik Malaysia...



Mesyuarat Penaiktarafan Makmal Komputer JMSK Kepada Bilik TECC PSAS

9:41 PM


Tujuan mesyuarat ini  diadakan adalah untuk menaiktaraf makmal komputer  JMSK, PSAS kepada bilik TECC (Technology Enable Collaborative Classroom) menggunakan peruntukan  RMK-10. Mesyuarat telah berlangsung pada 8 April 2015, bertempat di ULPL PSAS.

Ia telah dipengerusikan oleh Encik Jaafar selaku Ketua Unit Pembangunan PSAS dan dihadiri oleh Pegawai ePembelajaran PSAS, Pegawai ICT, Encik Wan Azraii dan penolong  jurutera mekanikal, elektrik dan awam PSAS.

Pengwujudan bilik TECC ini adalah satu inisiatif JK e Pembelajaran PSAS bersama Unit Pembangunan PSAS ke arah memperkasakan pembelajaran teradun dan flipped classroom, sementara menunggu permohonan bilik TECC Fasa II  daripada pihak CeLT diluluskan.




Wednesday, May 20, 2015

Pertandingan Video Animasi bertema Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia- Pendidikan Tinggi (2015-2025)

6:28 PM






Hi guys...saya nak kongsikan bahan yang telah dihantar untuk pertandingan videoscribe PPPM(PT) yang bertarikh tutup semalam......enjoy watching!




Di sini juga disertakan pautan bagi melihat video animasi/videoscribe yang lain :

https://www.youtube.com/channel/UCFIJkITlK-edRmV4CvsbQ4A

Monday, May 4, 2015

Thinking Out Loud

1:40 AM

Huisshhh....
Tetiba rasa nak post lagu kat bawah ni.. Saja jer..rasa mcm nk share my feeling towards CIDOS by hearing this song.heheh..walaupun mcm xde kena mengena pd zahirnya..

For those who are connected in this song, enjoy your day!